13 Dis 2010

Asterisks


Salam malam menyapa
Sedang bulan pergi berlarut
Ku hembus lembut nafas ini
Langit menjelma hitam
Bagai mahu sorokkan bintang-bintang
Suram sedang, sukar lagi mencari lena
Nasib ditemani irama
Bait-bait melodramatik senikata
Hinggap digegendang telinga
Memutarbelitkan imaginasi minda yang bercelaru
Semakin kecewa, kacau dan keliru


Oh malam, aku kaku
Aku muram, rasa dipaku
Dipaksa bergelut dengan rejim realiti
Permainan kasar yang menceroboh benteng fantasi
Lena, aku berpaut bangun dah lama


Kejar-mengejar kerabat pewaris pusaka mudah cerita
Pusing-pusing, hal berapa banyak 
dan berapa ramai mereka ada
Siapa dan dari mana yang ada-ada
Adil saksama entah bila ke mana
Harfiahnya, tidak tersokong di tangan yang kosong
Simpan sahajalah jerit lelong, omong melolong
Tidak siapa mahu menolong


Ya Tuhan,
Hanya Kaulah tempat ku mengadu
Sebenarnya aku runsing dan terganggu
Apakah ini yang Kau mahu
Setelah sekian lelah usaha ku


Alasan itu masih tidak pernah mencukupi 
Pada secoret ujian duniawi
Sebentar, aku telah merasa ragu akan ketentuan Mu
Sedangkan akal ku telah dididik untuk mengerti
Namun fitrahku lupa dan lalai
bahawa ajal, maut, usia dan rezeki
Sudah tertulis di atas garis hidup ini


Ampunkanlah diriku wahai Yang Satu
Pada belotnya peganganku pada Mu
Pada bisingnya gelap sanubari hambaMu ini
Hapuskanlah sedalamnya 
akan curiga yang mencemari jiwaku yang hina
Tiada termampu untuk bakal ku menanggung dosa itu 
Syukur ku panjatkan 
tidak terhingga ke hadrat kurniaan Mu Illahi
Aku senantiasa mengingati dan menghargai 
akan nikmat dapat meneruskan hela nafas ini


<manusia hanya mampu merancang, dan setiap kejadian itu bersebab >